Memberi peluang seluas-luasnya kepada murid-murid
untuk melibatkan diri dalam Pasukan Pakaian Seragam.
Adalah diharapkan Kadet Remaja
Sekolah / Tunas KRS dapat membantu mengatasi masalah salahlaku di kalangan murid-murid sekolah seperti penyalahgunaan najis
dadah, ponteng sekolah, budaya lepak dan juvana.
Memenuhi inspirasi dan
permintaan masyarakat masa kini yang memerlukan satu usaha pembinaan
generasi baru secara komprehensif dan cemerlang dengan mendapat sokongan padu daripada semua pihak.
Aktiviti KRS diharap dapat mengembangkan semua aspek potensi manusia yang berteraskan ilimu dan amal ke arah pembinaan dan
pengukuhan sahsiah pelajar yang mengamalkan nilai-nilai murni dan moral yang tinggi selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
|